06 December 2014

LAW OF UNIVERSAL ATTRACTION: MAGNET INTEGRITI DAN PRODUKTIVITI

Catatan: Mohd Asri Redha
Tarikh : 01 Disember 2014

Assalamualaikum WRT.... Selamat Sejahtera ....
Buat sahabat-sahabat yang amat mulia disisi Allah SWT.. dan selamat pagi buat rakan-rakan lainnya..

Hari ini kita sudah melangkah ke bulan terakhir tahun 2014..  Begitu cepatnya masa berlalu... sedar tak sedar.. sudah menghampiri penghujungnya... maka bertambah lagilah umur kita.. Namun begitu dalam mengejar ilmu tidak mengenal batas waktu dan usia.

Kelmarin dan hari ini saya berkesempatan lagi mengikuti kursus ... 'Program Pembangunan Prestasi : Law Of Universal Attraction.. Magnet Integriti dan Produktiviti.  Sewaktu mendapat pamplet kursus ini dan tajuknya , saya tidak bertangguh lagi untuk mohon kerana ada keunikan dan kelainan kursus ini. Bukannya mohon kerana hendak mencukupkan jumlah hari kursus. Kalau tujuan itu saya sudah cukup harinya malahan dan terlebih  kursus pula sampai 15 hari. Sepatutnya 7 hari sahaja sudah mencukupi.. Sebab itu ada pegawai  yang sudah cukup bilangan hari berkursus sudah tak mau lagi dah pergi kursus.. Jadi niat dan matlamat sudah lain.. Pandangan ini kena ubah kerana pergi kursus adalah untuk belajar dan mendapatkan ilmu pengetahuan dari orang yang pakar dan banyak ilmu berbanding dengan diri sendiri yang amat kekurangan ilmu ini walaupun dah masuk umur 5 series ni ... tak rugi kan kalau kita lebih belajar...

Memetik kata-kata  dalam buku kerja program ini Menghadiri  kursus atau mengikuti Majlis Ilmu yang merupakan Taman Taman Syurga Dunia. Selangkah kita ke majlis ilmu mendekatkan kita satu langkah  dengan syurga NYA. Ramai insan yang punya banyak masa dan wang berbanding kita  Namun Allah SWT masih melimpahkan kasih sayang NYA dengan memilih kita untuk mendalami ilmu ini. Apakah sebabnya... Kerana Allah SWT masih sayangkan  kita. Antara tanda-tanda kasih sayang Allah SWT kepada hamba-hambanya ialah DIA memberikan ilmu sebagai penyuluh kehidupan agar kita bukan sahaja berjaya didunia , malahan bahagia hingga ke SYurGa



Oklah.. berkenaan kursus saya pada hari ini yang menariknya penceramahnya adalah seorang penulis buku. Bukunya telah menjadi 'Best Seller' jualannya iaitu Buku LAW of UNIVERSAL ATTRACTION .. Magnet KebahagiaN.. Pengarangnya saudara Zuhairi Nopiah dan Amin Idris. Jadi yang datang memberi ceramah ialah Saudara Zuhairi Nopiah.

Sebenarnya saya masih terawang-awang akan isi kandungan  buku ini, tapi saya tetap hendak ikuti kursus ini kerana hendak ketahui intipati buku ini dari pengarangnya sendiri. Sepanjang saya kerja ni tak pula pernah dengar berkenaan Law Of Universal Attraction (LUA) ini dalam mana-mana kursus yang saya hadiri. Yang dok dengar ialah Law Of Attraction (LOA). Itupun saya belum pernah ikuti kursus seperti itu . Lekeh sungguh pengetahuan saya ini.  Rupanya LOA ini sudah berlegar lama dalam kehidupan kita tanpa kita menyedarinya dan Law Of Attraction (LOA) ini sebenarnya menjadi kajian yang menarik dikalangan pengamal-pengamal barat dan pengarangnya . Cumanya konsep 'Law Of Attraction' yang mereka hasilkan itu tidak menjurus kepada yang Maha Berkuasa iaitu Allah SWT. Jadi menariknya saya dapat satu ilmu yang rasanya pertama kali saya ikuti ini memberikan teknik-teknik LUA dengan satu pendekatan  yang tidak melanggari syariat dan hukum agama. Ini bermakna ianya dikaji dari perspektif agama juga. Teknik LOA yang dikemukakan oleh Barat , perkara-perkara ini tidak ada dalam perhatian mereka. Jadi tidak perlulah lagi saya nak kaji tengok teknik-teknik Hukum Tarikan ciptaan barat itu.. Memadai dengan menimba ilmu yang penulis dan pengamal tempatan yang ada didepan mata.  Sebab itu penulis ini memperkenalkannya sebagai 'Law Of Universal Attraction' ringkasnya LUA berbanding pengamal barat  memperkenalkan teknik Law Of Attraction atau ringkasnya LOA. Perkataan Universal itu yang membezakan kerana pengarangnya berpendapat apa-apa teknik yang diberikan ianya perlu bersandarkan kepada yang Maha Esa iaitu Allah SWT.

Kadang-kadang kita beli buku tersebut dan membacanya ... agak sukar untuk memahami jika tidak ditunjukkan cara dan jalannya menggunakan buku ini oleh pengarangnya sendiri.

Samalah seperti saya megikuti Kursus 'ESQ Way 165..Emotional Spiritual Quotient'  Bukunya memang saya ada dan agak tebal.. nak bacapun boleh baca saja, tapi penghayatannya agak kurang kerana agak teknikal juga buku tersebut dan tebal pula. Tapi bila pengarangnya sendiri Dr Ari Ginanjar Agustian yang datang memberi ceramah dan panduan tanpa ragu-ragu lagi saya  pergi mengikuti kursusnya.. Catatan kursus tersebut ada saya coretkan dalam blog seperti alamat dibawah:

Catatan Kursus ESQ yang saya hadiri .. Klik saja kat sini.

Begitu juga bila ada kursus Muslim Super oleh Dr Daniel Zainal Abidin saya terus mohon untuk ikuti kursus ini kerana Dr Daniel juga menerbitkan buku karynya 'MINDA MUSLIM SUPER' . Catatan kursus ini ada saya coretkan dalam blog seperti alamat dibawah:

Catatan saya berkenaan kursus ' MusliM Super Oleh Dr Danial Zainal Abidin. klik saja kat sini..

Saya juga pernah mengikut kurus berkenaan Pemimpin 360'.. Ada buku dipasaran iaitu  Buku 'The 360' Leadear' / Pemimpin 360' Edisi Melayu.. Karya John C Maxwell.  Walaupun penceramahnya bukan pengarang buku ini tapi penceramahnya memang pakar dalam bidang ini. Catatan saya seperti dibawah.. klik saja kat bawah tu...

http://semangatjati.blogspot.com/2009/05/360-degree-leader.html

Oklah, berbalik kepada kursus ini saya memang teruja untuk mengikutinya kerana banyak manfaat yang saya dan peserta kursus boleh dapat. Sekurang-kurang ia dapat memecah dan merungkai pelbagai masalah yang saya hadapi seharian dalam tugasan harian. Saya juga sedang mencari kebahagian....

Saya baru terperasan tentang Hukum Tarikan ini bila penceramah menerangkannya.. sebenarnya ia berlaku tanpa kita sedari.. Perasan tak ada ketika-ketikanya kita teringat akan seseorang, walaupun lama kita tidak berjumpa, tiba-tiba tidak lama kemudian kita terima panggilan dari orang kita teringatkan itu. Siapa yang bagi dia suruh telefon. Begitu kita rasa patut dapat sesuatu pada hari ini, walaupun sudah lama kita menunggu tapi tiba-tiba tidak berapa lama kita terima apa yang kita harapkan. Kadang-kadang kita teringat saudara mara kita tertentu, tiba-tiba pada petangnya satu rombongan saudara kita datang melawat kita..   Jadi ada banyak gelombang-gelombang positif dan negatif yang kita tidak nampak disekeliling kita yang mempengaruhi kita seharian.

Prinsip yang mudah untuk memahami akan prinsip Hukum Tarikan ialah suatu cetusan fikiran akan menarik cetusan fikiran lain yang sama dengannya. 'Fikiran Menjadi Kenyataan' .. Kita selalu menggunakan fikiran untuk berfikir tentang apa saja. Macam-macam cetusan fikiran dihasilkan. Kajian sains mendapati otak boleh mampu mencetuskan 60,000 cetusan fikiran sehari. Setiap cetusan fikiran itu ada gelombang tersendiri setiap kali manusia berfikir dan frekuensi ini mempunyai isyarat magnet yang sangat kuat.

Kita tidak akan dapat lihat frekuensi ini seperti mana kita dapat menelefon seseorang tanpa sebarang wayar .. hanya melalui gelombang radio sahaja. Kalau telefon kita ada tuju kepada sesiapa yang kita mahu. Tapi kalau otak kemana gelombang-gelombang yang dihasilkan itu hendak dituju. Frekuensi yang dihasilkan oleh otak kita ini akan terpancar ke seluruh alam ini dan akan menarik tenaga yang ada dipersekitaran dan dipantulkan balik kepada kita . Jenis tenaga yang ditarik ini adalah bergantung kepada jenis-jenis frekuensi yang dihantar. Kalau Frekuensi positif yang dihantar maka yang positiflah  akan diterima balik begitulah sebaliknya.


Kalau kita berfikir yang membuat kita rasa bahagia, maka ini bermakna otak kita sedang menghantarkan frekuensi yang positif. Kalau kita fikirkan perkara yang negatif seperti risau, sedih, marah dan sebagainya maka bermakna otak kita sedang menghantarkan frekuensi negatif.

Jadi frekuensi ini mempunyai isyarat magnetik yang kuat, akan mencari tenaga-tenaga yang berkeliaran dialam semesta  yang sama samada  yang positif atau negatif kemudian tenaga ini akan ditarik dan dipantulkan semula kepada orang yang berfikir tadi.

Jadi...dalam kehidupan kita seharian kita sering tidak sedar apakah fikiran kita telah mengeluarkan frekuensi positif atau negatif. Jadi ceramah  pada kali ini memberikan tip-tipnya bagaimana cara kita memandu fikiran kita agar memikirkan yang positif sahaja. Kerana kata penceramah Lebih banyak kita bersyukur, memberi, menghargai (positif) maka lebih banyak pula kita aka memperolehi kebahagian, kesejahteraan, penghargaan, nikmat, keseronakan dan segala macam yang baik-baik belaka.

Sebaliknya kalau lebih banyak yang kita tidak puashati atau rungutkan maka lebih banyak pula perkara lain yang datang kepada untuk kita tidak berpuashati atau rungutkan... jadi cuba elakkan terus dari fikiran kita.. ada nak boleh buat macam tu...

Kalau ikut kata penceramah ini ilmu LUA ini boleh digunakan untuk kita mendpatkan kejayaan-kejayaan dalam segala bidang yang kita mahu sama dalam rumah tangga kita, dalam kerjaya kita, dalam perniagaann kita, dalam kehidupan kita keseluruhannya. Malahan kalau anak-anak ketegar tak mau dengar cakap pun boleh guna teknik LUA ini..  Kejayaan-kejayaan ini yang membawa KEBAHAGIAAN kita. Ya.. memang menarik, tapi sebenarnya untuk mengamalkan teknik-teknik itu berterusan yang kita selalu rasa susah dan kadang-kadang ada rasa ketidakyakinan diri. Satu petua menarik penceramah ialah 'Tak Percaya Tak Apa , Buat Saja'

Saya tak nak cerita sangat fasal teknik-teknik LUA ini kerana kalau ceritapun panjang jadinya.. Ni kena pi kursus atau beli buku tersebut.. Kandungan buku tersebutpun mudah difahami dan tidak berat-berat kepala sangat... Kalau tak faham kita boleh berhubung terus dengan pengarangnya sendiri melalui FB nya atau melalui emelnya sendiri. Cumanya bila ikuti kursus ini banyak dapat kata-kata atau madah-madah bermakna yang menarik dan terkesan dihati kita.. Jadi kita 'fokus kepada yang kita suka, jangan fokus kepada perkara yang kita tidak suka, kerana kalau kita fokus kepada yang kita tidak suka maka yang itulah yang akan datang kepada kita' kerana ada gelombang yang kita tidak nampak akan menarik perkara tersebut kepada kita.

Mengapa doa kita tidak diterima atau tidak dimakbulkan oleh Allah SWT.   Punca utama ialah masih ada unsur-unsur negatif dalam diri kita .. Kita masih mendendam dengan sesama insan.mahu Sikap tidak mahu memaafkan kesalahan orang masih ada dalam diri kita.. masih berprasangka buruk terhadap seseorang..  Apa salahnya kita memaafkan segala kesalahan orang kepada kita walaupun orang tersebut tidak mahu memaafkan kita. ... tak apa,  yang penting kita bersihkan hati dan diri kita dengan perasaan dendam  dan ego kita yang tidak berkesudahan itu. Amat bahagialah rasanya jika kita dapat memaafkan orang lain. Kita perlu Bersangka Baik Dengan Semua Orang... Bahagianya diri kita ini.. Mari kita amalkan.

Setiap impian, cita-cita dan angan-angan kita sebenarnya boleh dicapai. Teknik LUA ada caranya. Yang penting kita rekodkan dalam bentuk Visualisasi atau Membayangkan dalam bentuk gambar apa yang ingin kita mahukan.. apa impian kita ...Selepas itu kita tetapkan matlamat yang mahu dicapai, maklumat impian kita itu, sentiasakan bayangkan impian kita itu seolah-olah kita telah dapat... Untuk itu teknik LUA memperkenalkan Vision Board atau Papan Visi.. yang tujuan utama untuk mengekalkan tarikan minda separa sedar kita supaya dapat menarik kejayaan yang diimpikan itu. Kita boleh fokus pada yang diimpikan itu. Impian-impian kita selalunya ada 4 kategori yang boleh kita tentukan  iaitu impian bentuk fizikal, impian bentuk intelektual, impian bentuk emotional dan impian bentuk spiritual.
Saya kena jelas step ini iaitu berkenaan
'Asking the Universe' & 'trust the Universe'
.. Iaitu kita kena percaya pada Allah SWT
yg Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


Kita kena percaya akan impian kita boleh menjadi kenyataan.. Kita percaya sebelum melihat sesuatu dan bekerja kearah apa yang kita percaya. Seperti mana kita berdoa kepada Allah SWT walaupun kita tidak pernah melihat  Allah SWT. Kita minta, kita percaya dan kita akan dapatnya.

Jadi kita perlu membuat perubahan diri  kearah yang lebih baik dan positif. Perubahan Bukan Satu Pilihan Tapi Satu Kemestian

Walau apapun impian kita yang hendak kita cari dan capai, kita janganlah tinggalkan Allah SWT... sentiasa berdoa dan berzikir dan sentiasa mengalunkan Zikir Asmaul Husna.. akan memberi kesan mendalam pada jiwa kita dan gelombang-gelombang positif akan sentiasa mendekati kita yang membawa kebahagiaan kepada kita. 

Oklah .. ini adalah sebahagian catatan berkenaan kursus LUA yang saya ikuti itu. Banyak lagi magnet-magnet kebahagian yang boleh kita capai dengan teknik LUA yang diperkenalkan itu yang saya tidak ceritakan disini, tapi yang penting saya amat gembira dengan kursus ini kerana ia memberi kesan yang positif pada diri saya ini.. 

Saya selalu bercakap mengenai BAHAGIA dan Impian Kejayaan.. Dalam ucapan-ucapan pada rakan-rakan fb saya juga selalu saya sebut bahagia.. Saya juga sedang mencari kebahagian.. semua orang mahu bahagia.. Namun tak semua bahagia.

Satu perkara penting yang perlu kita amalkan ialah kita perlu berfikiran positif dalam kehidupan kita, dalam pekerjaan kita, dalam segala aspek aktiviti kita dan bersangka baik dengan semua orang.. Jadikan amalan ini sebagai tabiat kita maka pada akhirnya kita akan dapat capai kejayaan dan KEBAHAGIAAN. Betulkan cara berfikir , nescaya perasaan kita juga turut menjadi positif. Apabila kita memilih mahu berfikiran positif dan berperasaan positif , Insya Allah segala tindakan kita akan menjadi positif . Allah SWT akan sentiasa memberi apa yang dimohon oleh hambanya... waduh.. macam berfalsafah pula tulisan saya kali ini.. takut nanti orang kata berfalsampah pula... tak apalah nak kata apa pun katalah .. terima seadanya , saya tulis ini untuk diri saya sahaja, kalau nak tumpang baca dan hayati ok saja.. dapat juga pahala...

Oklah .. bercakap memang mudah, nak laksanakan itu yang berat.. termasuk saya juga.. tapi kita kena berusaha juga... mari kita pakat berusaha berfikir perkara positif sahaja selepas ini... amannya dunia kalau semua begitu caranya berfikir...... Ketemu lagi..






asriredha teratak kasih alor setar

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana melayari blog saya. Komen anda pasti memberikan penambahbaikan kepada ilmu pengetahuan saya dan juga kepada paparan blog saya.