08 September 2014

MARRIS .. AyuH KitA DaftaR SebanyaK MungkiN JalaN2 Negeri KitA.

Catatan: Mohd Asri Redha
Tarikh: 09 September 2014

Penulis tumpang sama ambil tahu 
cara guna alat GPS ini..
Assalaamualaikum WRT...buat sahabat pembaca blog saya yang tidak putus-putus mengunjungi blog saya yang tidak seberapa nak cantik ni... 

Saya mendoakan saudara-saudara semua sentiasa diberi perlindungan Allah SWT dari segala bencana, malapetaka, penyakit, fitnah, bebanan hutang, dan segala macam yang tidak elok-elok... Al Fatihah.. amiin

Mau bicara apa ya kali ini... saya sudah sebulan berada disini.. pun rasanya masih baru lagi.. banyak benda yang nak kena ketahui, tapi tak ketahui lagi. Masa yang akan memberi kesempatan dan ruang untuk saya ketahui apa yang sepatutnya saya ketahui.. Lepas tu barulah boleh nampak secara menyeluruh akan kedudukan sebenarnya akan jabatan saya ini. Barulah cerah sikit  untuk mengambil tindakan yang bersesuaian untuk operasi jabatan dengan lebih cekap, cepat dan berintegriti.

Pada 03 September 2014, Perbendaharaan Kedah telah mengadakan satu kursus khas tentang cara-cara penggunaan peralatan elektronik GPS. Kursus ini diadakan di Pejabat Perbendaharaan Negeri sendiri. Peralatan GPSi diberi khusus kepada anggota teknikal di Jabatan Kerjaraya, Jabatan Pengairan dan Saliran , dan semua Pejabat Daerah serta semua PBT Kedah. Jadi bila sudah beri peralatan teknologi tinggi ini, kenalah pula bagi kursus cara-cara menggunakannya. 

Selalu tak dengar istilah MARRIS..kalau tidak biasa dengar pun tak apa lah.... cuma apa yang saya nak cerita pada catatan saya kali ini ialah berkenaan dengan Program Penyelenggaraan Jalan Negeri. Sebelum ini program ini seringkali menjadi bahan perbincangan yang menarik dikalangan ahli-ahli politik, terutama dari segi peruntukan yang diterima dikatakan tidak dibelanjakan sepenuhnya sebaliknya digunakan untuk tujuan lain oleh kerajaan negeri. Sapa yang jadi pembangkang mestinya isu ini pasti dibangkitkan. Bila pemerentah bertukar menjadi pembangkang maka isu yang sama juga dibangkitkan dan begitu lah sebaliknya. Jadi isu Program Penyelenggaraan Jalan Negeri ini tetap menjadi satu isu yang hangat dan menarik dan boleh menjadi popular.

Saya tak mahulah ulas panjang fasal berkenaan isu ini.. perkara ini amat sensitif. Cuma saja saya nak menulis ini berkenaan 'Program Penyelenggaraan Jalan Negeri'  berdasarkan kepada fakta sahaja. Sebenarnya di bawah Perlembagaan Persekutuan Perkara 109(1)(b) telah termaktub perkara berkenaan Pemberian Penyelenggaraan Jalan2 Negeri. Ianya adalah bertujuan membantu Kerajaan Negeri menyenggara jalan negeri . 

Asas pengiraan berapa banyak yang akan diberi adalah berdasarkan Peruntukan Bahagian 2 Jadual ke sepuluh Perlembagaan Persekutuan. Secara umumnya dianggarkan antara KM18 K hingga 34K sekilometer (bergantung kepada jenis dan kategori jalan-jalan yang disenaraikan) Jadi lagi banyak boleh disenaraikan jalan-jalan tersebut dalam Sistem Marris Online dan diterima oleh Kementerian Kewangan maka lagi banyaklah peruntukan yang boleh disalurkan oleh Kementerian Kewangan.  . Angka ini boleh meningkat jika lebih banyak direkodkan segala jalan-jalan yang masih banyak lagi tu.. Tahun ini sahaja lebih RM170 juta telah diperuntukkan oleh Kementerian Kewangan kepada Kerajaan Negeri Kedah untuk pelaksanaan tersebut.

Sudah tentu peruntukan yang diperolehi ini boleh digunakan sebaik mungkin untuk menyelenggara jalan-jalan yang dibawah tanggungjawab negeri dan pihak berkuasa tempatan. Pada akhirnya rakyat juga yang akan mendapat manfaat selain beratus-ratus kontraktor yang akan memperolehi kerja-kerja penyelenggaraan tersebut. Nikmatnya negara kita yang aman makmur dan merdeka ini...

Sayapun tak tahulah kenapa dulu-dulu tidak begitu sangat diberikan kesungguhan untuk mengutip sebanyak mungkin jalan-jalan negeri yang ada dinegeri Kedah ini. Sedangkan inilah salah satu peluang yang mudah untuk mendapatkan dana dari Kerajaan Persekutuan dengan hanya menyenaraikan senarai panjang jalan-jalan negeri yang ada.  Untuk mendapatkan dana penyelenggaraan ini dari Kerajaan Persekutuan, perkara pokok yang perlu diberi perhatian ialah mendaftar segala jalan-jalan negeri yang diberi takrifan tertentu dalam 'Sistem Marris Online'.

Inilah alat GPS tu..macam 
telefon bimbit saja.. tapi 
amat berguna untuk kerja2 
mengukur dan menentukan 
tataletak sempadan
Secara mudahnya Jalan Negeri bermaksud ialah segala Jalan Awam, selain Jalan Persekutuan dan mana-mana jalan , selain jalan persekutuan yang boleh dilalui oleh orang awam. Antara jalan yang boleh didaftarkan ialan jalan negeri, jalan bandaran, jalan kaw perumahan kos rendah, lorong belakang, jalan kampong, jalan pertanian dan jalan pulau pelancongan. Jadi memang meluas maksudnya dan sewajarnya semua pihak yang terlibat samada JKR, JPS, Pejabat Daerah dan Pihak Berkuasa Tempatan memberi perhatian kepada pengumpulan sebanyak mungkin data-data jalan yang dimaksudkan itu. Masih banyak lagi jalan-jalan yang belum didaftarkan dalam Sistem Marris Online. 

Secara mudahnya semua jalan-jalan yang memenuhi standard minima lebar dan panjang boleh didaftarkan dengan fakta-fakta lengkap jalan tersebut diperlukan seperti nama jalan, panjang dan lebar jalan, kordinat GPS , lebar jalan dan bahu jalan, ukuran dan jenis permukaan. Spesifikasi lengkap jalan-jalan yang boleh didaftarkan telah dikeluarkan 'Garis Panduan Tatacara Pengurusan Pemberian Penyenggaraan Jalan Negeri oleh Kementerian Kewangan'. 


Perbendaharaan Negeri Kedah  amat mengambil perhatian tertinggi terhadap operasi mengumpulkan sebanyak mungkin fakta-fakta jalan negeri ini agar ianya direkod lengkap dan dimasukkan dalam 'Sistem Marris Online dimana dengan adanya rekod lengkap panjang jalan-jalan tersebut akan membolehkan pengiraan jumlah bayaran yang boleh disalurkan oleh Kementerian Kewangan. 

Atas dasar itulah Pejabat Perbendaharaan Negeri tidak ragu-ragu untuk membekalkan semua jabatan-jabatan teknikal negeri yang terlibat dengan  peralatan GPS dimana ianya merupakan syarat utama yang perlu ditunjukkan kordinat mula dan kordinat akhir jalan yang dicadang mohon peruntukan penyelenggaraan jalan negeri dibawah Sistem MARRIS Online.


Latihan praktikal menggunakan 
alat GPS oleh peserta
Adalah diharapkan dengan adanya peralatan GPS ini akan mempercepatkan dan mempertingkatkan lagi bilangan dan kualiti rekod jalan-jalan negeri dan memudahkan pihak Kementerian Kewangan membuat keputusan dan meluluskan peruntukan dibawah MARRIS (Malaysia Road Record Information System)

Oklah.. rasanya cukuplah sampai kat sini saja celoteh saya kali ini.. Sekadar menyampaikan pengetahuan buat pembaca-pembaca blog saya ini.. Sekurang2nya rakyat tahu bagaimana sesuatu peruntukan menyelenggara jalan diperolehi..  Bukan semata-mata bila minta , terus dapat saja.. Banyak proses-proses yang perlu dilalui sebelum dipertimbangkan.. 
Sampai ketemu lagi....  Wassalam

asriredha
teratak kasih, alor setar

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana melayari blog saya. Komen anda pasti memberikan penambahbaikan kepada ilmu pengetahuan saya dan juga kepada paparan blog saya.