11 November 2013

TRIZ FUTURE CONFERENCE 2013.... d'Arts et Metiers ParisTech

Catatan ..Mohd Asri Redha
Tarikh: 31. Okt. 2013

Bonjour tout. Bonjour mon cher ami. Je vous souhaite à tous une bonne santé et toujours heureux. Nak baca lagu mana ni.. saya pun tak boleh nak sebut .. saya amat 'respect' sesiapa yg boleh berbahasa French ni.. salah satu bahasa yang utama di Eropah dan Afrika.

Assalaamualaikum wrt..  apa khabar pembaca blog saya.. hari ini saya nak cerita apa pula.. Rasanya tentu fasal ziarah saya ke bumi yang terkenal dengan lagenda pahlawan Perancis iaitu Napoleon Bonaparte yang pernah saya belajar dalam Sejarah Eropah. Tak terbayang pun hari ini saya akan berada dibumi negara Perancis ini. 
Pelopor TRIZ

Sejak 29 Okt hingga 31 Okt 2013. saya mengikuti satu konferens pkt antarabangsa  iaitu 'TRIZ Future Conference 2013' di sebuah kolej universiti di Paris France.. iaitu The Ecole Nationale Superieure d'Arts et Metiers ParisTech... iaitu sebuah kolej  kejuruteraan yang berprestij  di Paris ini. Kolej tinggi  ini tlh melatih lebih 85,000 jurutera sejak ditubuhkan pada tahun 1780 lagi. 

Sebenarnya pendekatan TRIZ dlm menyelesaikan pelbagai masalah dlm industri telah lama diamalkan.. Dalam sektor awam rasanya masih lagi baru.. Sayapun masih kelam lagi tentang TRIZ ini. Kemungkinan Perbadanan Produktiviti Negara akan cuba memperkenalkannya dgn lebih mendalam dalam sektor awam kerana pihak MPC pun hadir juga dalam konferens ini dan mencari pakar2 yg sesuai utk memberi cermah TRIZ di Malaysia. Dalam konferen ini ramai pakar dan pengamal TRIZ yang berkelayakan.

Sebenarnya inilah pertama kali saya saya dengar fasal TRIZ.. Nama TRIZ berasal dari acronym dalam Bahasa Russia iaitu “Teoriya Resheniya Izobretatelskikh Zadatch”. TRIZ lebih dikenali sebagai Theory of Inventive Problem Solving dalam bahasa Inggeris. Ia merupakan satu kaedah penyelesaian masalah yang bersistematik, analisis berdasarkan fakta dan kajian terperinci hasil daripada pemerhatian dan pengamatan 'pattern' dan penciptaan produk dalam peringkat global.


Pendekatan TRIZ ini berpegang pada logik dan data, bukannya melalui intuisi mahupun idea kreatif yang dilahirkan secara spontan sama ada oleh seseorang individu mahupun berkumpulan.
Ini bermakna proses penyelesaian masalah yang kreatif dapat ditimbulkan oleh sesiapa sahaja yang menggunakan method dan kaedah TRIZ ini tanpa memerlukan individu tersebut menjadi seorang yang sedia kreatif. Dengan kaedah dan cara berfikir yang betul serta bersistematik, iaitu dengan menggunakan method dan konsep TRIZ setiap orang mampu menjadi seorang pemikir yang hebat.
Pada asalnya konsep dan teori TRIZ ini dibangunkan oleh Genrich Altshuller dan rakan sejawatnya sekitar tahun 1946 hingga tahun 1985. Pada ketika itu Russia masih lagi dibawah Kesatuan Republik Sosialis Soviet (USSR).
 Daripada penemuan yang dihasilkan, adalah didapati bahawa
1. Setiap masalah dan penyelesaiannya sentiasa berulang merentasi industri dan sains.
Dari sinilah mulanya tercipta konsep yang dinamakan 40 inventive Principles bagi menyelesaikan sebarang permasalahan dan juga isu. Setiap penyelesaian masalah terkelompok dalam salah satu daripada 40 Inventive Principles.
2. Corak perubahan dari segi teknikal sesuatu rekaan atau penciptaan adalah berulang merentasi industri dan sains.

Trend sesuatu teknologi mengubah sistem teknikal suatu penciptaan kepada satu tahap yang lebih bagus.
3. Inovasi mengadaptasi kesan saintifik diluar daripada bidang dimana permasalahan asal timbul.

Kesan dan kaedah penyelesaian saintifik boleh dimanfaatkan bagi menyediakan penyelesaian bagi sesuatu permasalahan dengan cara yang unik.
Sains bukan sahaja digunakan dalam bidang-bidang seperti perubatan, kimia dan sebagainya, akan tetapi sains juga dapat diaplikasikan dalam bidang rekaan dan penciptaan.
Ketiga-tiga penemuan yang dinyatakan itu  adalah berasal daripada proses menganalisis 200,000 patent penciptaan diperingkat dunia. Daripada 200,00 'patent' yang dianalisa, didapati 40,000 patent menunjukkan ciri-ciri dan corak penciptaan yang sama dan berulang. Hingga ke hari ini, lebih daripada 2.8 Juta 'patent' telah dianalisa.
Daripada sumber artikel yang sama, adalah didapati banyak syarikat-syarikat gergasi Amerika, Eropah dan Asia yang menggunakan konsep TRIZ dalam organisasi mereka sepertih seperti Boeing, Hewlett Packard, IBM, Motorola, Raytheon, Xerox dan lain-lain.
Jadi secara tak langsung, kita dapat tahu kejayaan syarikat-syarikat gergasi tersebut mencapai kedudukan di mana mereka berada sekarang  ini sedikit sebanyak bertitik-tolak daripada penggunaan tool  TRIZ ini.
TRIZ dah berusia lebih daripada 50 tahun, tetapi konsep ini sangat baru di Malaysia. Saya percaya ramai yang tak tau kewujudan konsep dan methodology ini.
Syarikat gergasi tersebut telah lama menikmati keuntungannya hasil penggunaan 'tool' TRIZ ini... Saya tak mahu cerita panjang fasal TRIZ ini kerana memang memeningkan konsep2nya dan agak terlalu teknikal.. nanti pakat pening dan bengong habis dan meluat pula nak baca. Jadi memadai hanya tahu apa itu TRIZ... Kalau nak lebih detail kena pi kursus sampai 25 hari dan kosnya memang tinggi..  Mungkin selepas ini akan ada kursus ini di Malaysia terutama utk sektor awam. 


Peserta konferens yang datang dari pelbagai negara...
Korea Selatan paling banyak hantar wakilnya. 
Kebanyakannya dari sektor industri

Apa yang saya perolehi dalam konferens ini ialah   banyak maklumat dan pengalaman berkenaan kejayaan pelbagai sektor industri hasil idea baru dan inovasi baru yang tertonjol berikutan penggunaa 'tool' TRIZ ini. Sejumlah 35 kertas kerja dari pakar TRIZ dan dari pihak industri telah dibentangkan.. Bagaimana pendekatan TRIZ telah berjaya membantu menyelesaikan masalah dan isu yang ada serta berjaya meningkatkan produk syarikat mereka melalui penemuan idea baru. Ini ada kaitan dengan kreativiti yang dihasilkan melalui pendekatan TRIZ.


Arts et Metiers Paris Tech, 151 Boulevard de I'Hopital
75013 Paris.. Saya bersama anak buah bergambar di
hadapan kolej tersebut dimana berlangsungnya Konferen TRIZ
Konferens ini dilaksanakan dlm 2 session.. iaitu 'profesional session' dan 'saintifik session'. Saya hanya ikuti yg berkaitan 'profesional session'  memandangkan 'saintifik session' agak terlalu teknikal..  Kebanyakan pembentang kerta kerja membentangkan pengalaman2 mereka dalam organisasi atau sektor yang mereka wakili bagaimana kreativiti amat diperlukan dalam melahirkan idea baru yang perlu ada dalam  memahami pasaran yang sentiasa berubah dan juga keperluan kepada sesuatu perkhidmatan.. Kreativiti yang terjelma ini sebenarnya lahir dari pendekatan TRIZ INI..Sebab itulah pengetahuan TRIZ dan pengalaman yang diperolehi ini boleh di gunakan untuk membangunkan produk2 baru, prosesan, perkhidmatan dan juga utk pengguna tempatan.


Sepanjang konferens tersebut saya dengar ceramah dan perbincangan sahaja dengan pelbagai loghat bahasa.. jenoh dok bang dengar elok2.. sebab penceramahnya terdiri dari pelbagai negara dari seluruh dunia... bahasa inggeris ikut loghat negara mereka mereka dan teknikal pula tu.. Sebab itu saya lihat kebanyakan peserta adalah terdiri dari profesional teknikal.

Walau bagaimanapun ianya merupakan pengalaman yang menarik juga pada saya yang jarang saya dapat sebelum ini..... rasanya cukup kut cerita fasal TRIZ ini... memang tak menarik cerita fasal ini.. tambah memeningkan saya.. apatah lagi saudara yang membaca.. sebelum orang meluat , lebih baik saya 'stop' kat sini..' sahaja...  

A bientôt, merci

Sent from Samsung Tablet Note 3

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana melayari blog saya. Komen anda pasti memberikan penambahbaikan kepada ilmu pengetahuan saya dan juga kepada paparan blog saya.