06 May 2011

CUKAI TANAH ......WAJARKAH DIPOLITIKKAN

Sementara itu, Naib Canselor UUM, Prof. Datuk Dr. Mohamed Mustafa Ishak kesal dan terkilan dengan keputusan tersebut kerana kerajaan negeri seolah-olah tidak menghargai segala pengorbanan UUM yang menyumbang ke arah pembangunan akademik dan sosioekonomi setempat.

Namun pihaknya tiada pilihan selain menjelaskan bayaran dan jika boleh, ia dibuat secara ansuran.

“Kami terpaksa membayar jumlah itu sebab ini sudah kali kedua ditolak selepas 2009 dan kita tidak bercadang nak merayu lagi dalam tempoh terdekat.

“Nak rayu apa kalau kepada orang yang sama, tapi kalau tukar kerajaan mungkin kita akan rayu,’’ katanya.

KOMEN ASRI REDHA


Terpanggil saya untuk turut serta dalam polemik berkenaan isu cukai tanah ini.... di atas adalah keratan akhbar pada hari ini...  'comfirm' dah Kerajaan Negeri tidak akan pertimbangkan tuntutan mengurangkan cukai tanah yang ditetapkan...sebagai orang yang terlibat secara langsung dalam pentadbiran tanah negeri Kedah, saya rasa wajar untuk memberikan sedikit pandangan berhubung isu ini.

Tidak timbul kerajaan negeri tidak menghargai peranan UUM di Kedah... Ini soal cukai tanah .. adalah tidak kena mengena  langsung.... ..   Hubungan kerajaan negeri dengan lain-lain agensi kerajaan persekutuan berkenaan dengan cukai tanah ini tidak timbul langsung  isu patut ka atau tidak patut bayar tanah. Malahan setahu saya KPTG  sentiasa berhubung rapat dengan PTG Kedah supaya cepat-cepat hantar tuntutan cukai tanah bagi tanah kerajaan persekutuan yang ada hakmilik di Kedah bagi membolehkan cukai tanah dibayar segera. Kadarnyapun bukannya semurah yang dikenakan kepada UUM hanya RM0.30 sahaja. Sedangkan tanah-tanah berhakmilik atas nama KPTG dikenakan cukai tanah RM0.55 semeter persegi... Sudah berpuluh  juta Kerajaan Persekutuan bayar cukai tanah pada Kerajaan Negeri yang boleh diibaratkan pemberian bapa kepada anak  saja... Tidak timbul apa-apa masalahpun .. Malahan UITM Merbok sendiri bayar cukai tanah lebih tinggi kadar nya dari UUM dan bayar awal pula tu...    Awat 'sengkek' sangat ka UUM ni. Tanah adalah bidang kuasa negeri, jadi terpulancglah pada kerajaan negeri untuk mengenakan cukai sebagai sumber pendapatannya. Kerajaan negeripun tidak pernah kacaupun kuasa kerajaan persekutuan seperti menaikkan tol, cukai jalan, naik harga minyak, naikkan cukai itu dan ini... sebab sama-sama memahami kuasa-kuasa yang diperuntukkan dalam perlembagaan persekutuan.

Bagi penjawat awam persekutuan dan negeri yang memahami tanggungjawab membayar cukai insitusi yang mereka terajui maka mereka laksanakanlah tanpa apa-apa persoalan. Masukkan dalam bajet tahunan.. dan bayar.. selesai masalah.. lagipun bukan bayar kepada sapapun kepada kerajaan juga... yang mana duit itupun nanti akan digunakan untuk rakyat juga.. bukannya nak bermewah-mewahpun macam sektor korporat..

Untuk makluman GLC kerajaan negeri pun bayar cukai tanah ikut jenis kegunaan tanah kalau depa ada tanah yang diberi milik. Begitu juga PBT yang juga institusi paling rapat dengan kerajaan negeri yang juga paling banyak membantu kerajaan negeri berbanding dengan UUM  masih juga dikenakan bayar cukai tanah kepada kerajaan negeri kalau ada tanah yang dikeluarkan geran kepada mereka. Ikut harga pasaran pula tu...  Kalau ikut pilih kasih.. lebih baik PBT, PKNK, dll GLC tak payah bayar cukai tanah.
Sepatutnya UUM memahami akan masalah negeri Kedah ini.. Bukannya mereka tidak tahu...Kerajaan negeri tidak banyak sumber kewangan yang boleh diperolehi.  Hanya cukai tanah sahaja sumber terbesar kerajaan negeri.  Nak harapkan sumber hutan .. macam-macam tekanan diberikan oleh kerajaan Persekutuan melalui peruntukan undang-undang yang yang tidak membolehkan kerajaan negeri menggunakan hasil mahsulnya dengan sebebas-bebasnya. Namun kerajaan negeri tidaklah bertindakbalas sedemikian rupa hingga menjejaskan hubungan antara kerajaan persekutuan dengan negeri. Itu kerja budak2.


Sebagai sebuah Universiti yang mempunyai pakar dalam pelbagai bidang , takkanlah hal-hal seperti ini tidak dimasukkan dalam perancangan mereka..   Toksah dok buat malu kat student dan rakyat .. UUM TIDAK CUKUP DUIT ... TERPAKSA BAYAR ANSURAN.... ..   Awatlah jadi lagu tu...  Bayar sahajalah Dato'  Prof ...   Takkan nak pi mengadu lagi kut kat Perdana Menteri pula kut..    Nanti PM tidak tahu cerita sebenar .. buat kenyataan lain pula.... perkara-perkara seperti ini tidak sepatutnya dibawa keperingkat menteri pun...  Ini seolah-olah menunjukkan NC ni tidak berkemampuan untuk memimpin sebuah universiti..    Segala-galanya hendak dipolitikkan.....

UUM ada pakar dalam pelbagai disiplin ilmu.. takkan perkara remeh seperti ini hendak diperbesar-besarkan.. Takkanlah tidak boleh membuat perancangan menyeluruh untuk jangkamasa pendek dan panjang. Samalah dengan perancangan pembangunan ... sepertimana persediaan infrastruktur dalam sistem pepaipan  air dalam kampus.  Patutnya dirancang bersesuaian dengan peningkatan  mendadak warga kampusnya yang telah tersasar jauh berbanding jangkaan awalnya. Bila bangkit isu ini.. UUM nak berniaga pula bekal air bersih kepada Kerajaan Negeri... Nak bayar cukai tanahpun tidak cukup duit nak berniaga pula yang kosnya bukan murah... Perkara ini sebenarnya ada penyelesaiannya. .. tapi itupun hendak dijadikan isu politik.. Pelik sungguh saya rasa VC ini .. Mungkin dia orang politik kut...   Sudahlah.. tumpukan kepada kecemerlangan akademik UUM dulu... yang khabarnya semakin menurun disebabkan proses kemasukan  pelajarnya yang terlalu mudah ...



asriredha
teratak kasih
alor setar

3 comments:

  1. alah.. kalau tun mahathir tak mau bangunkan sintok,, rasenye smpai skang sintok jadi kawasan hitam.. lagi satu, tak pernah ke kerajaan fikir, seorang pelajar uum membelanjakan lebih rm3000 setahun di kedah dr duit ptptn yg mendatangkan pendapatan kepada kedah sbyk lebih 60 juta yg dtg dri jumlah seorang pelajar.. kerajaan kedah mane pernah pk ni sume.. ;)

    ReplyDelete
  2. ek ekleh, apa punya mangkuk pikiran...adakah ble pikir duit yg dibelanjakan akan mendatangkan untung pada kerjaaan??? haha. setakat uum bertpaak di Kedah, ada berapa banyak IPTA/S di kedah, KUIN sahaja pelajr2nya bukan takat rm3k, tetapi sampai rm6k lebih tau pinjaman... duit dibelanjakan pulangn perkhidmatan yang diberikan. iut ja la. apa kaitan pula dengn untung kerajaan negari??? nak bangunkn sesuatu bukan sebab mahadhir la, itu tanggungjawab kerajaan. jika peruntukan diberikan sepunuhnya kerajaan pusat, sudah tentu sintok boleh maju. kenapa kawasan2 pilihan raya kecil boleh saja dijanjikan dengn projek2 mega? tp tidak pada sintok yng smpai skarng pun tak maju2 lagi, bermula pada zaman UMNO perintah pun tak berubah2. kena tunggu pilihan raya kecik juga la nampaknya berula sintok akan dapat peruntukan khas daripada kerajaan pusat.:)

    ReplyDelete
  3. Apa yang dibelanjakaan oleh s esiapa saja di Kedah .. kerajaan negeri tidak dapat apa-apa.. yang dapat ialah rakyat.. Kerajaan Negeri hanya dapat duit dari kutipan cukai tanah sebagai yang terbesar, royalti hasil hutan, cukai hiburan, premium tanah, geran wajib dari kerajaan persekutuan (bukan dari parti)..hang yang sunat bagi tu dah tak adalah.. sebab Kedah dah jadi negeri pembangkang.. dulu-dulu dapat banyak juga... Kalau cukai tanahpun tak nak bagi kutip.. kacaulah macam tu... takkan nak suruh kerajaan berniaga kut.. yang tu biarlah rakyat negeri yang buat.. tak gitu sahabat-sahabat semua..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana melayari blog saya. Komen anda pasti memberikan penambahbaikan kepada ilmu pengetahuan saya dan juga kepada paparan blog saya.